Petua dan tips ini saya dapatkan daripada orang dulu. Sebab saya dengar ramai juga yang merungut dan sakit kepala tentang bagaimana cara nak melembutkan daging dengan mudah dan cepat terutama daging import.

Ada juga chef yang pandai memasak yang kongsikan petua ini. Walau bagaimanapun, jika cara yang nombor satu anda guna tetapi tak menjadi, gunalah cara seterusnya mengikut keselesaan anda sendiri.

  1. Potong Daging Lawan Urat

Bila potong daging, kita tengok dulu ‘urat’ daging. Kita potong lawan arah. Supaya urat tu terputus. Senang daging nak empuk. Ni petua zaman berzaman kan? Memang terbukti berkesan.

 

2. Rebus Daging Sambil Tutup Periuk

Salah satu petua orang dulu, daging yang kita sedang rebus, ditutup dulu dengan tudung periuk dan diletak lesung batu atau apa saja yang berat supaya wap air tak keluar. Syarat penting, jangan letak garam. Garam masuk last sekali.

3. Rebus Bersama Kurma

Ada yang kata biji kurma sahaja. Ada yang kata kurma. Tapi, bila kita masukkan buah kurma, sup daging akan automatik jadi manis-manis buah dan daging pun lembut. Berapa lama masa, bergantung pada air dan api.

4. Rebus Bersama Nenas

Nenas kan ‘tajam’, Maka, fungsi nenas ni melembutkan daging dan buat rasa daging pun lagi enak. Kalau periuk kecil, cukup 1 atau 2 hirisan nenas. Terlebih nanti jadi pajeri nenas pulak kan?

5. Rendam Bersama Soda Bikarbonat

Ini adalah cara melembutkan daging guna soda bikarbonat. Saya sendiri pernah cuba. Saya sapu daging dengan soda bikarbonat. Tak terlalu lama nak tunggu daging lembut. Mudah. Tapi, bila dah agak lembut. Boleh basuh dulu daging sebelum masak.

6. Masukkan Sudu Dalam Rebusan Daging

Petua turun temurun ini sememangnya ramai yang tahu dengan memasukkan sudu ke dalam masakan daging supaya lembut dan tidak liat. Sudu dikatakan akan meningkatkan suhu di dalam periuk yang mempercepatkan daging menjadi lembut.

7. Guna Dua Periuk Besar Jenis Steel

Petua melembutkan daging beku dari peti ais pula sangat berbeza dan dikatakan ketulan daging yang keras menjadi lembut serta mudah dihiris. Caranya telungkupkan periuk pertama dan letakkan daging beku tersebut di atasnya.

Periuk kedua perlu diletakkan di atas daging beku itu. Dengan menggunakan cara ini ia akan menjadi ketulan daging tersebut menjadi cepat lembut serta senang dihiris untuk dimasak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Like