Legasi AA Teguh

Tentang Kami

Pasaraya komuniti yang komited menyediakan barangan berkualiti dengan harga berpatutan.

0
Tahun Pengalaman
0
Rangkaian Outlet
0
Produk Halal

Visi

Menjadi pembekal produk dan perkhidmatan halal yang konsisten dalam menyampaikan kualiti terbaik kepada pelanggan, serta diiktiraf sebagai peneraju pasaran yang dipercayai. Kami percaya bahawa kejayaan kami berkait rapat dengan kejayaan pelanggan kami.

Misi

  • Menyediakan rangkaian produk makanan halal berkualiti tinggi secara konsisten.
  • Menawarkan pelbagai jenama nasional serta nilai pembelian terbaik melalui analisis trend dan keadaan pasaran.
  • Menyokong operasi pelanggan dengan sistem penghantaran yang cekap di seluruh wilayah utara Malaysia.
  • Melabur dalam kemudahan infrastruktur moden seperti penyimpanan rantaian sejuk (20 tan kapasiti), bilik sejuk -15°C dan fasiliti pemprosesan daging.
  • Membina hubungan kerjasama jangka panjang serta memperoleh kepercayaan pelanggan setiap hari.

Nilai Teras

  • Halal & Bersih, Berpegang teguh kepada prinsip Halal dan kebersihan sebagai asas utama operasi perniagaan.
  • Integriti & Tanggungjawab, Memahami peranan penting sebagai pembekal barangan dan perkhidmatan kepada operasi pelanggan.
  • Profesionalisme, Dipimpin oleh pasukan profesional berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam industri.
  • Kualiti & Kesegaran, Menjamin kualiti produk melalui sistem rantaian sejuk yang terkawal serta fasiliti pemprosesan moden.
  • Kepercayaan Pelanggan, Menjadikan kepercayaan pelanggan sebagai keutamaan dan asas kejayaan jangka panjang.

Milestone Syarikat

Sejarah ringkas pertumbuhan kami sejak dua dekad lalu.

2003

Permulaan Penubuhan

AA Teguh Venture & AA Sri Gedung Enterprise memulakan langkah sebagai perniagaan kecil yang memfokuskan penjualan makanan sejuk beku halal di Sungai Petani, Kedah. Operasi awal dikendalikan oleh tiga orang kakitangan dengan skala yang sederhana.

2007

Cawangan Pertama Dibuka

Balik Pulau, Pulau Pinang Pembukaan cawangan pertama di Balik Pulau menjadi titik penting dalam strategi pengembangan syarikat, menandakan permulaan perluasan operasi ke luar Kedah.

2010

Pengembangan Kedua

Simpang Empat AA Teguh terus berkembang dengan pembukaan cawangan kedua di Simpang Empat, memperkukuhkan kedudukan dalam pasaran runcit halal.

2017

Pengukuhan Rangkaian

Kepala Batas Cawangan ketiga dibuka di Kepala Batas, selari dengan peningkatan permintaan pelanggan terhadap produk makanan halal berkualiti pada harga kompetitif.

2018

Pertumbuhan Pesat

Taman Saga, Sungai Petani Pembukaan cawangan terbaru di Taman Saga menandakan fasa pertumbuhan yang lebih matang dan stabil dalam operasi syarikat.

2024

Perkembangan & Transformasi Syarikat

Sejak penubuhan, AA Teguh Sdn Bhd telah berkembang daripada sebuah perniagaan kecil kepada sebuah organisasi dengan lebih 80 orang tenaga kerja profesional. Produk yang ditawarkan juga telah diperluaskan merangkumi: Daging lembu, kambing & biri-biri halal Ayam & produk ternakan Makanan laut sejuk beku Produk kentang sejuk beku Sayur-sayuran segar Produk tenusu Pelbagai barangan runcit halal

2025

Komitmen Korporat

Falsafah korporat AA Teguh adalah menyediakan rangkaian lengkap produk makanan halal berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif. Syarikat turut membuat pelaburan besar dalam: Bilik sejuk beku (cold room) moden Sistem pengedaran yang efisien Infrastruktur penyimpanan berkualiti tinggi Komitmen ini memastikan pelanggan sentiasa mendapat akses kepada produk halal terbaik serta memperkukuhkan kedudukan AA Teguh sebagai peneraju pasaran runcit halal di Malaysia.

Founder's Story

Inspirasi Di Sebalik AA Teguh

Bermula pada tahun 2003, Pn. Asiah menanam impian untuk membina sebuah empayar perniagaan yang bukan sahaja mencari keuntungan, tetapi memberi khidmat kepada komuniti melalui penyediaan produk makanan halal yang bersih dan berpatutan.

Dedikasi beliau terhadap kualiti telah membawa AA Teguh daripada sebuah kedai runcit biasa kepada rangkaian pasar raya yang mempunyai sistem penyimpanan sejuk beku moden dan logistik yang efisien.

"Kejayaan sebenar adalah apabila pelanggan kita tersenyum puas dengan kualiti dan harga yang kita tawarkan."
Pn. Asiah — Founder Pasar Raya AA Teguh
Pn. Asiah
CEO & Founder
Asiah

Kami Pembekal Bagi Barang-Barangan Berikut:

Pelbagai kategori produk segar & berkualiti untuk kegunaan harian dan perniagaan.

🐔

Ayam Segar

Ayam Bismi - 100% Halal Tempatan

🥩

Daging

Daging Import Kualiti Premium

🥬

Sayur-Sayuran

Cameron Fresh, Sayur Tempatan

🧊

Frozen Food

Ramly, Salim, Ayam Bismi Frozen

🛒

Barang Runcit

Adabi, Saji, Faiza, Maggi, Cap 0, SunLight, Babas, Sajiku, Jalen, Mudim, Kimball, Pertima

🦐

Seafood

Udang Segar, Sotong, Ikan Laut

 🦷

Penjagaan Diri dan Barangan Rumah

Librese, Intimate, Colgate, Daia, Febreze, Softlan, Safi

 🍫

Makanan Ringan

Lexus, Munchys, CreamO, OatCrunch, Muzic